Thursday, October 22, 2015

Home SPA & Mobile SPA | Apa Itu The Walking Beauty Project (TWBP)??

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~ 

Hi, assalammualaikum semua pembaca blog rasmi Yeoja Beauty House! ;)

Perasan tak perasan tinggal 2 bulan 9 hari je lagi tahun 2015 akan melabuhkan tirai dan bermulalah tahun baru 2016.. Cepat betul masa berlalukan?

Sama macam TWB ni. Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 5 bulan TWB ni dikenali ramai. Saya antara orang pertama yang join TWB ni. Huhu.. Ingat lagi kali pertama saya join TWB ni adalah pada 8 Mei 2015 (Jumaat). Saya terus diajar bagaimana cara-cara dan teknik-teknik 'facial' dan 'face massage' yang betul daripada Pengasas TWB sendiri. 

Oh, bagi anda yang tidak tahu apa itu TWB.. TWB ni adalah short form untuk The Walking Beauty. Kalau TWBP pula, short form bagi The Walking Beauty Project. :)





Apa Itu "The Walking Beauty Project?"

Projek The Walking Beauty adalah suatu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah perniagaan yang EASY, SIMPLE & FUN, tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.

Melalui projek ini, peserta akan diajar bagaimana mereka MAMPU untuk MEMILIKI SPA SENDIRI dengan KOS yang SANGAT MINIMA, tetapi MAMPU MENJANA PENDAPATAN sehingga 4 - 5 angka sebulan HANYA DARI RUMAH.

Bukan itu sahaja, peserta malah akan diajar bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan berpeluang mendapat 'recurring income' melalui agen-agen yang dilahirkan di bawah nama SPA mereka sendiri.


Siapa Yang Patut Menyertai "The Walking Beauty Project?"

  1. Wanita yang berhasrat untuk memiliki SPA sendiri.
  2. Mereka yang berminat dengan perniagaan SPA, tetapi tiada modal yang besar.
  3. Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang hendak dijalankan.
  4. Mereka yang bekerja full-time dan berhasrat memulakan perniagaan dari rumah secara part-time.
  5. Para surirumah yang sedang mencari perniagaan yang sesuai untuk dijalankan dari rumah.
  6. Pelajar IPTA / IPTS yang ingin menjalankan perniagaan sampingan untuk menampung perbelanjaan di kolej / universiti.
  7. Para graduan yang masih mengganggur dan ingin mencari duit untuk meneruskan kehidupan.
  8. Atau pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu hutang kerana tiada / kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi serta gaji pekerja. 

Mengapa Perniagaan Spa Tanpa Kedai Ini, Perniagaan Yang Sangat Menguntungkan?

  • Permintaan Home Spa sedang meningkat pada masa kini.
  • Boleh dijalankan di mana-mana walaupun sedang bercuti. 
  • Tiada risiko untuk bankrup kerana modalnya sangat kecil.
  • Tidak perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan Spa.
  • Boleh dimulakan secara sambilan di hujung minggu (Bagi mereka yang bekerja).
  • Perniagaan ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal rendah (Sesuai sangat untuk wanita yang sudah mempunyai anak & keluarga)
  • Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu menyewa kedai dan membayar gaji pekerja.

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Perniagaan Spa Tanpa Kedai?

Melalui projek ini, peserta akan diajar sehingga mampu untuk menjana 2 pendapatan :

1.  Pendapatan Aktif (Short term income)

     Dengan hanya memperuntukkan hanya 1 - 3 jam sehari, peserta sudah mampu untuk                  memperoleh sehingga RM150/Hari atau RM3,000/Bulan melalui teknik-teknik yang akan      diajar.

2.  Pendapatan Pasif (Long term income)
  • Dengan kemahiran (skills) yang diajar, setiap peserta mampu untuk melahirkan agen-agen Spa di bawah mereka dan proses recurring income akan mula berlaku.
  • Recurring income adalah unlimited (Boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan dan lebih) selagi mereka terus komited dalam membantu menambah nilai hidup orang lain (The more you give, the more you get)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MODAL???

HANYA RM7xx SAHAJA!!!

Bayangkan eh (pejam mata anda dan cuba bayangkan. Hehe) dengan hanya bermodalkan TIDAK SAMPAI RM1,000 pun, anda sudah MAMPU MILIKI SPA ATAS NAMA ANDA SENDIRI!!!

Dan modal RM7xx ini adalah harga untuk barangan Spa sahaja tau. KURSUS SPA diberi secara PERCUMA. Jika di luar, ianya mencecah sehingga RM1,000++. Ini pun hanya untuk yuran kursus sahaja. Tetapi, projek ini kami berikan secara percuma khas untuk anda!

***Jangan risau, kami akan ajar anda bagaimana anda mampu untuk mendapatkan semula modal anda RM7xx ini dalam masa sebulan. Manakala, bulan seterusnya merupakan NET PROFIT atau KEUNTUNGAN BERSIH untuk anda***


Apa Yang Anda Akan Dapat Jika Menyertai The Walking Beauty Project

  1. Anda akan diberi latihan 'kursus Spa Facial Teori & Praktikal' secara PERCUMA.
  2. Anda akan pelajari 'teknik-teknik face massage' yang betul secara PERCUMA.
  3. Anda akan dibekalkan dengan 'modul latihan' secara PERCUMA *Tertakluk pada terma & syarat*
  4. Bimbingan dan support group yang berterusan secara PERCUMA.
  5. Tips-tips mesti berjaya, rahsia pikat pelanggan, rahsia duit masuk hari-hari dan rahsia urus duit dari keuntungan perniagaan secara PERCUMA.
  6. Sijil penyertaan secara PERCUMA *Tertakluk pada terma & syarat*
  7. Barangan asas Spa untuk memulakan perniagaan Spa anda (Anda sudah boleh memulakan perniagaan Spa anda sejurus selepas anda tamat kursus!).



*******************************************************************************************


Siti Aisyah binti Ab Razak
Pengusaha & Pemilik Yeoja Beauty House
Natural Home Spa & Mobile Spa
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com



Wednesday, July 8, 2015

AWAS!! TANDA-TANDA BAHAWA SETIAP ANGGOTA BADAN ANDA SAKIT!

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan SISTEM PENGALIRAN DARAH, SISTEM JANTUNG, dan SARAF OTAK.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Bahagian atas : Menunjukkan penyakit DARAH TINGGI
Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit DARAH TINGGI atau TEKANAN DARAH.

SAKIT KEPALA & RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit MIGRAIN.

BISUL DI KEPALA
Tanda pembuangan TOKSIN sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit MIGRAIN.

RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda KURANG DARAH atau PENGALIRAN DARAH TIDAK LANCAR.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH
Tanda penyakit LELAH. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut (i.e. Ulser).

LIDAH RASA TEGANG & PENDEK
Tanda sakit JANTUNG.

KELUAR AIR LIUT YANG PEKAT
Proses pembuangan TOKSIN dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
Menandakan SALURAN DARAH telah menjadi keras dan fungsi METABOLISME TIDAK SEIMBANG.

KEBAS TANGAN
PENGALIRAN DARAH di bahagian atas badan TIDAK LANCAR.

KEBAS TANGAN KIRI & LENGAN
Tanda-tanda LEMAH atau SAKIT JANTUNG. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI
PENGALIRAN DARAH di BAHAGIAN BAWAH TIDAK LANCAR.

SAKIT TAPAK KAKI
Menandakan BUAH PINGGANG lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI
Menunjukkan kelemahan fungsi ALAT KELAMIN.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI
Penyeimbangan fungsi BUAH PINGGANG akibat LEMAH TENAGA BATIN.

GATAL-GATAL DI CELAH JARI KAKI
Menunjukkan tanda awal PENYAKIT KAKI BUSUK.



KENCING :

KERAP KENCING
Menunjukkan BUAH PINGGANG mengandungi kotoran.

AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit BATU KARANG dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan BUAH PINGGANG mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BEWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan TOKSIN sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH
Penyakit BATU KARANG atau BUAH PINGGANG LUKA.



BUANG AIR BESAR :

CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Jika cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, ia menandakan PENYAKIT BARAH di bahagian usus besar.

SEMBELIT
Membersihkan TOKSIN dari USUS KECIL.

NAJIS BERDARAH
Darah merah : Masalah penyakit BUASIR/BARAH di bahagian usus.
Darah hitam : Masalah penyakit ULSER PERUT.

NAJIS BEWARNA HITAM
Menunjukkan PROSES PEMBUANGAN TOKSIN di bahagian usus sedang berlaku.



BADAN

Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan SALURAN DARAH.

SAKIT MENYUCUK
Proses menyeimbangikan URAT SARAF.

SAKIT SENGAL
Menandakan LUKA di dalam badan.

SAKIT MENYENTAP
Proses menyeimbangkan URAT SARAF yang berkaitan dengan organ-organ badan.

SAKIT MENEGANG
Proses melancarkan PENGALIRAN DARAH.

BADAN TERASA BERAT/MALAS/LENGUH
Badan mengandungi ASID berlebihan. Proses penyeimbangan.

BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi ASID yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN
Menandakan BADAN SEGAR dan proses AWET MUDA sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi BUAH PINGGANG dan TENAGA BATIN.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi HATI lemah. TEKANAN DARAH TINGGI.

RASA BIMBANG & TAKUT 
Sistem PARU-PARU yang lemah.

RASA SERONOK/BIMBANG TANPA SEBAB
Sistem JANTUNG dan SARAF OTAK yang lemah. Masalah PENGALIRAN DARAH.



Pengasas dan Pemilik Yeoja Beauty House
Siti Aisyah binti Ab Razak (NO ID : 1034673)
sms / whatsapp / telegram : +6013 - 476 5930
Email : yaeppenyeoja@gmail.com
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa and Mobile Spa
IG : yeoja_beautyhouse











Thursday, June 11, 2015

SPA Bergerak Muslimah | Kenali Pengasas & Pemilik SPA Bergerak Muslimah Yeoja Beauty House (YBH)

Beauty is for everyone..
Everyone deserves it!


Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Siti Aisyah binti Ab Razak nama yang cukup indah yang diberikan oleh kedua ibubapa tercinta. Di usia saya yang masih muda (23 tahun), saya telah dirisik oleh seorang lelaki yang berusia 28 tahun. 

Pada tahun yang sama, saya telah bertunang (pada bulan Julai 2013) dan keluarga kami merancang untuk menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri pada 9 Februari 2013.

Bertunang 
16 Julai 2011

Ketika itu, saya masih lagi bergelar seorang pelajar universiti. Saya berkenalan dengan suami saya ketika saya masih menjalani Latihan Industri (Praktikal) bagi kursus Diploma saya. Even ketika saya bergelar seorang isteri pun, saya masih lagi menuntut di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM), tetapi di dalam kursus yang berlainan dengan Diploma.






LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

1996 : Mendapat pendidikan awal di PASTI, Solok Gaung, Melaka.

1997 - 2002 : Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek (SKAM), Melaka.

2003 - 2007 : Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Arab (JAIM) As-Saiyidah Khadijah, Merlimau (SMASKM), Melaka.

2008 - Oktober 2011 : Melanjutkan pelajaran di UiTM Seri Iskandar, Perak di dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pejabat (Office Management & Technology).

2011 - Mei 2014 : Menyambung pengajian di UiTM KBM di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management).


Konvo Diploma 

Konvo Diploma 

Konvo Ijazah


Di usia saya sekarang ini, yang masih muda (25 tahun), saya bersyukur sangat kerana telah memiliki SPA saya sendiri. Inilah salah satu IMPIAN saya! Semuanya bermula selepas saya sertai "training" (Latihan Teori & Praktikal) untuk PROJEK NATURAL HOME SPA / MOBILE SPA yang dianjurkan oleh AINUL D SECRETS di Bandar Baru Bangi.

Dengan hanya bermodalkan RM770 SAHAJA saya sudah mampu dan boleh membuka serta memiliki SPA yang saya idam-idamkan selama ini! Saya percaya dan yakin, jika saya menyertai mana-mana program atau kursus keusahawanan SPA yang lain di luar sana, pasti yuran penyertaannya adalah jauh lebih mahal! Sekurang-kurangnya saya perlu mempunyai RM2,000 untuk saya menyertai mana-mana program atau kursus tersebut.

Insyaallah, saya akan kongsikan di entry saya yang seterusnya berkenaan dengan "Apakah Yang Akan Anda Peroleh Selepas Menyertai Projek Natural Home Spa / Mobile Spa" ; "Peserta-peserta Yang Menyertai Projek Natural Home Spa / Mobile Spa" ; dan "Rahsia Duit Masuk Setiap Hari" dengan HANYA membuat SPA!


APAKAH YANG MEMBUATKAN SAYA INGIN MEMILIKI DAN MEMBUKA SPA SAYA SENDIRI??? 

Jawapan yang cukup mudah dan ikhlas daripada saya yang juga merupakan seorang wanita dan suri rumah. 
  • Tidak mahu bergantung 100% duit daripada suami walaupun suami wajib memberi nafkah kepada isteri (Mengikut kemampuan dan tolak-ansur).
  • Ingin membayar hutang pinjaman TAPEM setiap bulan dengan duit sendiri (So far, alhamdulillah. Dari awal tahun 2015, saya telah membayar sendiri pinjaman TAPEM saya TANPA meminta duit daripada suami).
  • Ingin membantu meringankan tanggungjawab suami dalam pengurusan rumahtangga memandangkan kos sara hidup sekarang yang terlalu tinggi ditambah dengan bebanan GST. Duit sewa rumah setiap bulan, duit bayaran rumah yang dibeli setiap bulan, duit kereta, duit api, duit air, bil telefon, internet dsb (Ini belum termasuk mereka yang mempunyai anak dan anak yang bersekolah atau masih belajar. Kehendak kita dan anak-anak lagi i.e. Baju; tudung / shawl; handbag; kasut; dan percutian di dalam negara atau di luar negara).
  • Ingin mempunyai simpanan sendiri untuk perkara-perkara kecemasan seperti sakit dan bersalin.
  • Ingin memberi duit poket untuk kedua ibubapa tercinta setiap bulan sekurang-kurangnya RM500.
  • Ingin membantu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam dan dapat bersedekah kepada anak-anak yatim, surau-surau / masjid-masjid, fakir miskin, mangsa bencana dll di Malaysia dan seluruh negara tanpa berkira-kira untuk memberi.
  • Ingin membantu para wanita khususnya suri rumahtangga yang tiada masa untuk menguruskan diri sendiri sehingga mengabaikan penampilan diri kerana sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga (suami, anak-anak, dan rumah). 






MISI

Membantu para wanita untuk sentiasa kelihatan cantik dan bertenaga sepanjang hari walaupun seharian bekerja.

VISI

Membantu para wanita untuk sentiasa kelihatan CANTIK dan BERTENAGA sepanjang hari. Di samping, membantu para wanita khususnya SURI RUMAHTANGGA, para GRADUAN IPT yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan, dan MEREKA YANG BEKERJA tetapi masih memerlukan duit tambahan untuk menyara keperluan serta kehendak hidup.


Pengasas dan Pemilik Yeoja Beauty House
Siti Aisyah binti Ab Razak (NO ID : 1034673)
sms / whatsapp / telegram : +6013 - 476 5930
Email : yaeppenyeoja@gmail.com
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa and Mobile Spa
IG : yeoja_beautyhouse