Beauty is for everyone..
Everyone deserves it!
Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~
Siti Aisyah binti Ab Razak nama yang cukup indah yang diberikan oleh kedua ibubapa tercinta. Di usia saya yang masih muda (23 tahun), saya telah dirisik oleh seorang lelaki yang berusia 28 tahun.
Pada tahun yang sama, saya telah bertunang (pada bulan Julai 2013) dan keluarga kami merancang untuk menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri pada 9 Februari 2013.
Bertunang
16 Julai 2011
Ketika itu, saya masih lagi bergelar seorang pelajar universiti. Saya berkenalan dengan suami saya ketika saya masih menjalani Latihan Industri (Praktikal) bagi kursus Diploma saya. Even ketika saya bergelar seorang isteri pun, saya masih lagi menuntut di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM), tetapi di dalam kursus yang berlainan dengan Diploma.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
1996 : Mendapat pendidikan awal di PASTI, Solok Gaung, Melaka.
1997 - 2002 : Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek (SKAM), Melaka.
2003 - 2007 : Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Arab (JAIM) As-Saiyidah Khadijah, Merlimau (SMASKM), Melaka.
2008 - Oktober 2011 : Melanjutkan pelajaran di UiTM Seri Iskandar, Perak di dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pejabat (Office Management & Technology).
2011 - Mei 2014 : Menyambung pengajian di UiTM KBM di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management).
Konvo Diploma
Konvo Diploma
Konvo Ijazah
Di usia saya sekarang ini, yang masih muda (25 tahun), saya bersyukur sangat kerana telah memiliki SPA saya sendiri. Inilah salah satu IMPIAN saya! Semuanya bermula selepas saya sertai "training" (Latihan Teori & Praktikal) untuk PROJEK NATURAL HOME SPA / MOBILE SPA yang dianjurkan oleh AINUL D SECRETS di Bandar Baru Bangi.
Dengan hanya bermodalkan RM770 SAHAJA saya sudah mampu dan boleh membuka serta memiliki SPA yang saya idam-idamkan selama ini! Saya percaya dan yakin, jika saya menyertai mana-mana program atau kursus keusahawanan SPA yang lain di luar sana, pasti yuran penyertaannya adalah jauh lebih mahal! Sekurang-kurangnya saya perlu mempunyai RM2,000 untuk saya menyertai mana-mana program atau kursus tersebut.
Insyaallah, saya akan kongsikan di entry saya yang seterusnya berkenaan dengan "Apakah Yang Akan Anda Peroleh Selepas Menyertai Projek Natural Home Spa / Mobile Spa" ; "Peserta-peserta Yang Menyertai Projek Natural Home Spa / Mobile Spa" ; dan "Rahsia Duit Masuk Setiap Hari" dengan HANYA membuat SPA!
APAKAH YANG MEMBUATKAN SAYA INGIN MEMILIKI DAN MEMBUKA SPA SAYA SENDIRI???
Jawapan yang cukup mudah dan ikhlas daripada saya yang juga merupakan seorang wanita dan suri rumah.
- Tidak mahu bergantung 100% duit daripada suami walaupun suami wajib memberi nafkah kepada isteri (Mengikut kemampuan dan tolak-ansur).
- Ingin membayar hutang pinjaman TAPEM setiap bulan dengan duit sendiri (So far, alhamdulillah. Dari awal tahun 2015, saya telah membayar sendiri pinjaman TAPEM saya TANPA meminta duit daripada suami).
- Ingin membantu meringankan tanggungjawab suami dalam pengurusan rumahtangga memandangkan kos sara hidup sekarang yang terlalu tinggi ditambah dengan bebanan GST. Duit sewa rumah setiap bulan, duit bayaran rumah yang dibeli setiap bulan, duit kereta, duit api, duit air, bil telefon, internet dsb (Ini belum termasuk mereka yang mempunyai anak dan anak yang bersekolah atau masih belajar. Kehendak kita dan anak-anak lagi i.e. Baju; tudung / shawl; handbag; kasut; dan percutian di dalam negara atau di luar negara).
- Ingin mempunyai simpanan sendiri untuk perkara-perkara kecemasan seperti sakit dan bersalin.
- Ingin memberi duit poket untuk kedua ibubapa tercinta setiap bulan sekurang-kurangnya RM500.
- Ingin membantu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam dan dapat bersedekah kepada anak-anak yatim, surau-surau / masjid-masjid, fakir miskin, mangsa bencana dll di Malaysia dan seluruh negara tanpa berkira-kira untuk memberi.
- Ingin membantu para wanita khususnya suri rumahtangga yang tiada masa untuk menguruskan diri sendiri sehingga mengabaikan penampilan diri kerana sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga (suami, anak-anak, dan rumah).
MISI
Membantu para wanita untuk sentiasa kelihatan cantik dan bertenaga sepanjang hari walaupun seharian bekerja.
VISI
Membantu para wanita untuk sentiasa kelihatan CANTIK dan BERTENAGA sepanjang hari. Di samping, membantu para wanita khususnya SURI RUMAHTANGGA, para GRADUAN IPT yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan, dan MEREKA YANG BEKERJA tetapi masih memerlukan duit tambahan untuk menyara keperluan serta kehendak hidup.
Pengasas dan Pemilik Yeoja Beauty House
Siti Aisyah binti Ab Razak (NO ID : 1034673)
sms / whatsapp / telegram : +6013 - 476 5930
Email : yaeppenyeoja@gmail.com
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa and Mobile Spa
IG : yeoja_beautyhouse
No comments:
Post a Comment