Tuesday, November 7, 2017

Perbezaan "Home SPA" dan "Mobile SPA"

Perbezaan "Home SPA" dan "Mobile SPA"

Rupanya masih ramai yang tak tahu atau keliru dengan "Home SPA" dan "Mobile SPA."

Ok, secara ringkasnya.. "Home SPA" adalah perkhidmatan (service) SPA yang dijalankan di rumah Beauty Therapist (Ahli Terapi Kecantikan). Manakala, "Mobile SPA" adalah perkhidmatan SPA oleh Beauty Therapist ke rumah pelanggan (customer).


"Home SPA"

"Home SPA" merupakan perkhidmatan SPA TANPA KEDAI. Bermaksud tiada premis atau 'shop lot' yang disewa untuk aktiviti atau kegiatan SPA yang dijalankan. Sebaliknya, rumah Beauty Therapist itu sendiri dijadikan sebagai SPA.

Bermakna, para pelanggan perlu datang ke rumah Beauty Therapist itu untuk mendapatkan perkhidmatan SPA yang insyaallah lebih SELESA dan EKSKLUSIF. Ini kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat letak kereta (parking lot), menunggu giliran dan sebagainya.

Sebab itulah harga rawatan wajah (Facial Treatment) yang ditawarkan oleh Yeoja Beauty House (YBH) adalah harga mampu milik! Serendah RM35 pun ada! Walaupun produk yang digunakan BERKUALITI dan MAHAL. Ini kerana konsep SPA adalah berkonsepkan "Home SPA."



Contoh "Home SPA" untuk customer Pakej Seri Pengantin
(Customer datang ke rumah Beauty Therapist)


"Mobile SPA"

"Mobile SPA" pula adalah SPA berkonsepkan SPA Bergerak. Beauty Therapist akan datang ke tempat pelanggan seperti di rumah, pejabat, hotel atau di mana sahaja mereka berada selepas temujanji (appointment) dibuat. Bertujuan untuk memudahkan para pelanggan.

Kebiasaannya, "Mobile SPA" ini mendapat permintaan yang tinggi daripada para wanita yang bekerja. Ini kerana mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk memandu semata-mata untuk ke SPA. Sama ada disebabkan waktu kerja yang terlalu padat, tiada siapa untuk menjaga anak-anak mereka atau pun tiada kenderaan. Walaubagaimanapun, 'kos' untuk pengangkutan seperti petrol dan tol (jika ada) serta 'upah' memanggil pakar ke tempat pelanggan akan diambil kira mengikut jarak :)



Contoh "Mobile SPA" untuk customer Full Facial Treatment
(Beauty Therapist datang ke rumah customer)

Contoh "Mobile SPA" untuk customer Full Facial Treatment
(Beauty Therapist datang ke tempat customer di A'Famosa Resort)

Contoh "Mobile SPA" untuk customer Full Facial Treatment
(Beauty Therapist datang ke pejabat customer)


Sekarang jelas apa perbezaan "Home SPA" dan "Mobile SPA?" =)

Insyaallah, pada 13 - 17 November 2017 minggu hadapan, Yeoja Beauty House (YBH) akan berada di Genting Highlands.

Jadi, kepada anda yang berada di Genting Highlands atau sekitarnya, kalau ingin mencuba perkhidmatan SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home SPA atau Mobile SPA) YBH, boleh terus hubungi kami di talian +6019 - 457 0213 atau email kami di yeojabeautyhouse.blogspot.com



#spa #spabergerak #spabergeraktanpakedai #spatanpakedai #homespa #mobilespa #spamurah #spabergerakmurah #homespamurah #mobilespamurah #spamuslimah #muslimahspa #spamuslimahmurah #muslimahspamurah #gentinghiglands #bentong #pahang #spabergerakgentinghighlands #mobilespagentinghighlands





Siti Aisyah binti Ab Razak
Founder & Owner Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
Beauty Therapist, Trainer & Proud Member of The Walking Beauty Project (TWBP)
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment